Khamis, 1 Disember 2016

Keselamatan Alat Dan Mesin


Tips Keselamatan Alat Dan Mesin Di Tapak Pembinaan

Alat-alat dan mesin-mesin hendaklah dijaga supaya sentiasa di dalam keadaan yang baik dan boleh digunakan. Alat-alat yang rosak bukan sahaja mengganggu kerja bahkan merbahaya kepada pekerja yang menggunakannya. Oleh sebab itu, perkara-perkara yang berikut haruslah diambil perhatian:

1. Alat-alat yang telah digunakan hendaklah dibersihkan terlebih dahulu sebelum disimpan supaya tidak mudah berkarat dan rosak.

2. Alat-alat hendaklah disimpan pada tempatnya selepas digunakan. Jangan biarkan alat bersepah dan berselerak di atas lantai.

3. Apabila menghulurkan alat tajam kepada orang lain, halakan pemegangnya dan bukan bahagian hujung yang tajam.

4. Gunakanlah alat yang sesuai dengan kerja yang ingin dilakukan.

5.Pastikan semua alat elektrik dibumikan sewajarnya dan apabila menggunakan mesin, pastikan peraturan keselamatan bagi mesin tersebut dipatuhi.

9.Tutup suis penyambung elektrik apabila mesin tidak digunakan.
Share:
Dikuasakan oleh Blogger.